Balai Desa Semai - Community hall
Jabatan Senibina telah mengorak langkah memulakan projek perintis Balai Desa Semai 1.0 dengan membina sebuah Dewan Komuniti di Kampung Sg. Lah, Chenderiang, Perak. Untuk projek ini pelajar, Alumni dan Staf Jabatan Senibina telah berkerjasama dengan kontraktor Al-Ambia Sdn. Bhd. (ASB) dan sumbangan kewangan sebanyak RM20,000 dari Kelab Rotary Petaling Jaya. Projek Balai Desa telah bermula dari September 2017 dan telah tamat pembinaan pada Januari 2018.
Projek Teratak Semai merupakan projek kemasyarakatan untuk membina rumah Orang Asli di Tapah, Perak. Ia merupakan usahasama antara Pejabat ADUN Chenderiang, Tapah dan Universiti Putra Malaysia.
Projek Balai Desa Semai adalah turutan dari projek TERATAK SEMAI. Sejak dari Januari 2015 sehingga April 2017, sebanyak 28 unit rumah telah dibina di Kampung Bt. 5, Kampung Bt. 16, Kampung Bt. 17 dan Kampung Bt. 14, Jalan Pahang, Tapah, Perak. Projek Teratak Semai juga telah menerima Anugerah Volunteer Malaysia Awards 2016 dari iM4U pada 9 Dis. 2016.
Pihak iM4U juga telah menyumbang sebanyak RM10,600 untuk menampung perbelanjaan ‘homestay’, makan minum dan dokumentasi video projek Balai Desa Semai 1.0.

OBJEKTIF
Secara keseluruhan, objektif projek ini adalah seperti berikut:
1) Mendedahkan pelajar senibina dengan kaedah ’experiential learning’ melalui projek kemasyarakatan.
2) Menerapkan kepada pelajar senibina prinsip ’Berlimu Berbakti’.
3) Mengeratkan jaringan industri dengan Al Ambia Sdn Bhd, Kelab Rotary Kelana Jaya dan iM4U, serta jaringan kemasyarakatan dengan komuniti Orang Asli di Chenderiang, Perak.
4) Mendedahkan pelajar senibina kepada pembangunan dan pengurusan tapak secara langsung dalam skala yang kecil.
Perkongsian ilmu dijalankan melalui konsep pembinaan secara bersama (self help approach) antara adiguru tukang kayu tradisional dan kontraktor kepada sukarelawan yang menyertai program tersebut.
Melalui perlaksanaan pendekatan yang sama dengan Teratak Semai – iaitu ‘self-help approach’, ianya bukan sahaja dapat menghasilkan bangunan struktur dengan kos yang lebih ekonomi berbanding dengan kaedah konvensional, tetapi juga ianya dapat meningkatkan peluang pekerjaan bagi masyarakat setempat dalam mempromosi kemahiran pertukangan mereka melalui hasil anyaman dinding bertam. Selain itu, pemindahan ilmu dan juga perkongsian ilmu dapat dilakukan melalui pengalaman kerja di tapak. Pembinaan “self-build” dapat memberi otonomi kepada pemilik dalam mereka bentuk ruang dalaman mengikut kehendak masyarakat setempat.

Tempat: Kampung Sg Lah, Chenderiang
Unit Rumah: 1
Organisasi yang terlibat
Unit Rumah: 1
Organisasi yang terlibat
- FRSB, UPM – pelajar dan staf
- Pejabat ADUN Chenderiang
- Al-Ambia Sdn. Bhd (Kontraktor – tenaga pekerja dan peralatan mesin besar untuk konkrit)
- Kelab Rotary Petaling Jaya (Dana RM20,000)
- Tasek Corporation Bhd. (simen)
- Kemuning structures Sdn. Bhd. (kerangka bumbung dan metal deck)
- Majlis Bandaraya Ipoh (lanskap)
- iM4U – dana RM10,600 (pembiayaan pelajar dan videografi)