Artikel Disiarkan di laman web peraktoday.com pada 22/4/2016
IPOH: Dalam tempoh tiga minggu, Projek Teratak Semai Fasa 3 diadakan di Kampung Batu 5, Jalan Pahang di Tapah sejak 18 Januari lalu sehingga 5 Februari, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membina tujuh buah rumah untuk penduduk Orang Asli dengan kos minima sebanyak RM5,500 setiap unit. Seramai 20 anggota Jabatan Landskap MBI dan pelajar serta pensyarah jurusan Senibina, Fakulti Rekabnetuk dan Senibina, UPM menerusi projek Teratak Semai Fasa 3. Program tersebut merupakan salah satu program tanggungjawab korporat MBI selain daripada memupuk semangat sukarelawan antara pelajar UPM dan anggota MBI... Baca Lagi
0 Comments
Artikel Harian Metro ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2017 @ 7:28 AM Konsep pembinaan kediaman sendiri atau ‘self-build housing’ turut membabitkan teknik kemahiran pertukangan kayu atau tradisional digabungkan dengan kaedah moden. Ternyata Projek Teratak Semai memanfaatkan komuniti Orang Asli di tiga perkampungan di Tapah, Perak peluang mempelajari teknik baru itu. Sementara sukarelawan membabitkan staf, siswa dan alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) pula mendekati ilmu pertukangan dan penghasilan kraf tangan tradisional komuniti berkenaan... Baca Lagi
Artikel Harian Metro ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2017 @ 7:32 AM Teknik baru pembinaan kediaman antara keunikan Teratak Semai selain lebih selesa dan kukuh untuk didiami. Ilmu seni bina menerusi konsep pembinaan kediaman sendiri (self-build housing) itu dikongsi antara kepakaran moden dan pertukangan tradisional. Sementara kemahiran pertukangan tradisional pula berpeluang dipelajari sukarelawan yang bersama-sama membina kediaman menarik itu. Di situ terletaknya keunikan Projek Teratak Semai buat komuniti Orang Asli di Tapah, Perak dengan Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk & Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM)... Baca lagi
Artikel Harian Metro ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Jun 2017 @ 10:34 AM
Laluan kecil hanya memuatkan sebuah motosikal atau pejalan kaki saja membuatkan perjalanan ke perkampungan Orang Asli yang majoritinya didiami suku Semai ini memberikan 1,001 pengalaman buat penulis dan jurugambar. Hasrat ingin meninjau keadaan sebenar Projek Teratak Semai yang dilaksanakan di Kampung Batu 17, Tapah, Perak itu selepas liputan mengenainya sudah dikeluarkan Harian Metro April lalu. Projek Teratak Semai membabitkan teknik baru konsep pembinaan kediaman sendiri (self-build housing) dikongsi antara kepakaran moden dan pertukangan tradisional. Bertemankan Ketua Projek, Projek Teratak Semai Prof Madya Dr Meor Mohammed Fared Meor Razali dan penyelidik Projek Teratak Semai Dr Wan Srihani Wan Mohamed di Fakulti Rekabentuk & Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM), kami berempat membonceng motosikal komuniti suku Semai itu. ..Baca Lagi Community Architecture Research Team, Jabatan Senibina, FRSB telah melaksanakan Projek teratak Semai 7.0. Ianya melibatkan sumbangan dari PNB untuk menyiapkan tiga lagi buah rumah untuk penduduk Kg Bt 16, Jalan Pahang, Tapah, Perak. Projek dijalankan dengan kerjasama Persatuan Industri Binaan Bumiputera. Seramai 10 orang pelajar dariUPM, IUKL dan UiTM. disamping kerjasama penduduk kampung sendiri. Projek berlangsung dari 16-20 September 2020. Dr Wan Srihani dari Jabatan Senibina telah mengetuai projek ini dengan kerjasama Pejabat ADUN Chenderiang. Sehingga kini CART telah membina 44 buah rumah dan sebuah Dewan Serbaguna bagi masyarakat orang asal di Tapah.
Pada 27hb Julai 2020, CART yang diwakili oleh Prof Madya Ar. Meor Mohamed Fared, Dr Wan Srihani dan Dr Zaky telah mengadakan lawatan ke kilang produk Jati MTH Jati Emas Sdn Bhd. di Hulu Langat. Tujuan pertemuan juga adalah membincangkan skop kerjasama di antara UPM dan MTH untuk projek Produk Kayu Jati. Selesai perbincangan Wakil CART telah dijamu dengan hidangan Nasi Lemak sambal udang Kara yang diusahakan oleh SMaju Agro Venture yang terletak bersebelahan dengan kilang.
14 -15 Julai 2020. Team CART yang terdiri dari Dr Wan Srihani, Ar Meor Mohamed Fared dan Dr Zaky telah menghadiri sesi Lawatan ladang dan kilang kayu jati Perlis bersama MTH Jati Emas Sdn Bhd., sebuah syarikat SPV dibawah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENP). Mereka diberi tanggungjawab mengusahakan penebangan, penghasilan produk, dan penanaman semula semula ladang Kayu Jati Perlis dengan kadar 10 hektar setahun. Lawatan ladang dan kilang yang diadakan pada 14hb Julai telah disertai oleh pihak MTH Jati Emas Sdn Bhd, PKENP dan MTIB. Perbincangan awal ini menjurus kearah kerjasama diantara UPM, MTH Jati Emas, PKENP dan MRM untuk membangunkan kerta cadangan perusahaan Kayu Jati di negeri Perlis. Perbincangan telah diadakan pada 15hb Julai di ibu pejabat PKNEP dan dipengerusikan oleh Pengurus Besarnya Encik Norsakie Kasim. MTH Jati Emas Menyasarkan pembangunan industri huluan dan hiliran kayu jati yang akan menghasilkan produk Jati dari kawasan ladang seluas 650 hektar. Dengan kadar 10 hektar setahun, mereka menyasarkan penebangan 7000 batang pokok dengan berat 2000 tan kayu jati. Team CART pula telah membentangkan beberapa projek terdahulu seperti Teratak Semai, Balai Desa Semai, RTA dan Smart Furniture. Encik Abdul Rafa Tan, Timbalan Pengarah MTIB pula menerangkan tentang bantuan dan khidmat yang boleh diberikan oleh MTIB. Mesyuarat bersetuju, suatu perjumpaan lanjutan akan diadakan di UPM dalam masa terdekat untuk meneroka bidang kerjasama.
SUKARELAWAN DICARI! Teratak Semai datang lagi. Kali ini Teratak Semai 6.0 akan diadakan di Kampung batu 18 dan beberapa kampung berdekatan Tapah. Projek kali ini ditaja oleh Permodalan Nasional Berhad dengan anjuran Community Architecture Research Team (CART), UPM. Sukarelawan dijemput bersama2 dengan Team CART untuk membina rumah untuk mereka yang memerlukan. Sila hubungi 016-3280047, 019-3541755 untuk penyertaan. Kumpulan pertama: 10-16b Julai 2018 Kumpulan kedua : 16-23 Julai 2018 Kumpulan ketiga: 23-30 Julai 2018 Pada 5hb Julai 2018, teeam cart telah membawa pengurusan Permodalan Nasional Berhad (PNB), En Zamani dan En Rizal ke tapak projek Teratak Semai 6.0 dimana 10 buah rumah lagi akan di bina. Selain itu mereka juga dibawa melihat rumah2 dan Balai Desa Semai yang telah siap di bina sebelum ini. PNB merupakan penaja utama TS6.0 dan telah menyumbangkan keseluruhannya sebanyak RM100,000 untuk projek Teratak Semai.
Pada 28hb Jun, team cart telah mengadakan lawatan tapak untuk mengenalpasti 10 lokasi rumah yang akan dibina untuk teratak semai 6.0. Lawatan turut diertai oleh pegawai dari pejabat Menteri Besar Perak, Cik Saedah shaari, dan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh. Antara kawasan yang dilihat ialah Kg Dusun 100, Kg Batu 13 1/2, Kg batu 14 1/2 sehingga ke Kg. Batu 18. Team cart juga melihat kemudahan penginapan yang ada di kompleks TNB batu 18.
|
AuthorOur activities published in the news Archives
November 2020
Categories
All
|